28 Wakil Rakyat Didakwa Di Mahkamah Sejak 2001

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa diberitahu bahawa seramai 28 orang wakil rakyat dari pelbagai parti politik telah didakwa di Mahkamah Jenayah atas pelbagai pertuduhan dan kesalahan sejak tahun 2001. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, 17 wakil rakyat pembangkang manakala 11 dari Barisan Nasional (BN) telah didakwa setakat ini. Daripada 17 wakil rakyat pembangkang itu, 10 adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga dari Pas dan empat dari DAP, katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Bagi BN pula, Nazri berkata tujuh wakil rakyat daripada 11 orang yang didakwa ialah dari UMNO, seorang dari Gerakan dan tiga dari MCA. "Berdasarkan statistik tersebut, sebanyak 33 jumlah kes yang telah dituduh, satu kes adalah di peringkat sebutan, 13 kes adalah di peringkat perbicaraan, dua kes di peringkat hujahan dan dua kes telah dijatuhkan hukuman," katanya.

Katanya, sembilan kes telah dilepaskan dan dibebaskan dan terdapat 10 rayuan dibuat terhadap kes yang telah dibicarakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan