Video Seks: "Datuk T" Kini Enggan Serah Rakaman Video Melainkan Kepada Panel Bebas

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki bergelar “Datuk T” yang semalam (Isnin) mendedahkan kepada media rakaman video yang memperlihatkan seorang pemimpin pembangkang melakukan adegan seks bersama seorang wanita yang didakwanya pelacur dari luar negara, pada Selasa menegaskan bahawa beliau kini tidak berhasrat untuk menyerahkan rakaman video berkenaan kepada mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media lewat petang Selasa, ”Datuk T" berkata, beliau memutuskan demikian selepas melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi awal pagi Selasa.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa yang beliau telah menjadi mangsa fitnah dan meminta agar pihak polis menyiasat siapakah di sebalik penyebaran fitnah tersebut.

Sebaliknya "Datuk T" menegaskan yang beliau hanya akan menyerahkan rakaman video berkenaan bersama seutas jam tangan berjenama Omega yang didakwanya milik Anwar yang ditemui di dalam bilik di mana rakaman video berkenaan dibuat kepada sebuah panel siasatan bebas.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada pihak media dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab supaya bersatu tenaga membentuk panel siasatan bebas ini dengan kadar yang segera bagi membolehkan pengesahan dibuat ke atas ketulenan rakaman video berkenaan.

Pada Isnin ketika mendedahkan penemuan rakaman video seks tersebut, "Datuk T" berjanji akan menyerahkan rakaman tersebut kepada Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seminggu dari sekarang.

Ini katanya bagi membolehkan kedua-dua mereka mengenalpasti apakah lelaki yang muncul dalam rakaman video tersebut adalah Anwar dan jika benar mereka hendaklah melepaskan jawatan politik masing-masing dengan segera.

Bagaimanapun menurut "Datuk T" beliau terpaksa mengubah keputusan tersebut setelah mendapati Anwar menafikan yang beliaulah lelaki di dalam rakaman video tersebut dan selepas itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangsi awal pagi Selasa.

"Sekarang memandangkan Datuk Seri Anwar telah pun membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki yang dirakamkan di dalam video berkenaan maka saya menyimpulkan bahawa beliau dan isterinya tidak lagi berminat untuk memperolehi salinan rakaman video berkenaan daripada saya sebagaimana yang dijanjikan Isnin depan.

"Oleh yang demikian saya hanya akan menyerahkan rakaman video tersebut kepada satu panel bebas yang boleh menyiasat akan ketulenan rakaman video itu dan saya akan turut menyerahkan seutas jam tangan Omega yang ditemui di dalam bilik hotel di mana rakaman video itu dibuat." ujarnya.

Beliau juga memberikan sebab-sebab mengapa rakaman video berkenaan tidak akan diserahkan kepada pihak polis.

"Ini kerana sebarang pembabitan pihak berkuasa hanya akan mengundang lebih banyak penafian daripada Anwar.

"Datuk Seri Anwar hanya akan mengubah perhatian ramai dengan berkata pihak polis bersubahat dengan kerajaan sekiranya hasil siasatan polis tidak menyebelahi atau condong kearahnya.

"Oleh itu saya hanya akan menyerahkan bahan bukti ini kepada satu panel siasatan bebas yang akan dibentuk kemudian," katanya.

Dalam laporan polisnya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan