Video Seks: Anwar Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penyebaran video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan sebuah parti politik pembangkang di negara ini.

Beliau tiba pada pukul 10.35 pagi dengan diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menemani beliau termasuk pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), antaranya Naib Presiden, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Timbalan Presiden, Prof Dr Syed Husin Ali serta Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong PKR turut berarak ke perkarangan IPD Dang Wangi.

Selepas hampir sejam setengah Anwar memberi kenyataan kepada polis beliau dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira pada pukul 12 tengah hari bersama isterinya.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan