Sah Akad Nikah Di Masjid - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.

"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.

"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh semalam yang mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Ahmad dilaporkan berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan