Malaysia Sokong Usaha Arab Saudi, GCC Capai Keamanan Di Bahrain

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyokong tindakan Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke arah mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain.

"Kami menyokong penuh semua keputusan yang diambil oleh GCC yang bertujuan menjaga kestabilan dan keselamatan di rantau itu bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat mereka.

"Malaysia mengutuk sebarang kumpulan berkaitan pengganas yang merosakkan kestabilan dan keselamatan negara," kata Perdana Menteri dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Kerajaan Arab Saudi, Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud yang dihantar sebagai utusan khas untuk menyampaikan beberapa mesej penting Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud, pada Isnin.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai keselamatan dan keganasan di GCC dan Asia Tenggara.

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk mengecam semua tindakan keganasan dan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pengganas yang cuba menggugat kestabilan kerajaan yang mengancam keselamatan negara, keharmonian dan keamanan rakyat di Arab Saudi dan Malaysia.

Putera Bandar turut menyampaikan ucapan selamat dari Raja Abdullah dan berkata baginda amat gembira dengan hubungan baik antara kedua-dua negara di bawah kepimpinan perdana menteri, kata kenyataan itu.

Sementara itu, pakej kerjasama ekonomi berjuta-juta dollar untuk kedua-dua negara turut dibincangkan, dengan maklumat mengenai perkara itu akan diperinci dan diumumkan kelak.

"Kami berpuas hati dengan kegiatan ekonomi kita yang luas dengan Arab Saudi setakat ini dan menjangka untuk mengambil langkah besar pada masa depan dalam usaha memperkukuhkan hubungan jangka panjang," katanya.

Najib bekata beliau juga gembira apabila mengetahui bahawa PetroSaudi menyalurkan keuntungan tunai tambahan sebanyak AS$81.5 juta (RM247) kepada 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) sempena lawatan Putera Bandar itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan