Klinik 1Malaysia Ketiga Di Sibu Dirasmikan Hari Ini - Berita Semasa | mStar

Klinik 1Malaysia Ketiga Di Sibu Dirasmikan Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kerajaan negeri Sarawak akan memohon kepada kerajaan pusat supaya membuka dua lagi klinik 1Malaysia di kawasan Durin dan Paradom dekat sini, kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Permohonan tersebut adalah atas permintaan penduduk di kawasan itu, katanya semasa merasmikan pelancaran awal klinik 1Malaysia di kawasan penempatan Rejang Park di sini, Selasa.

Klinik dengan kos RM250,000 itu merupakan klinik ketiga di bandar Sibu selepas klinik sama di Teku Road dan Sungai Bidut.

Wong berkata klinik terbaru itu akan membantu mengurangkan peningkatan bilangan pesakit di Poliklinik Oya Road.

Beliau berkata klinik itu akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Program Klinik 1Malaysia diwujudkan selaras dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam menikmati perkhidmatan kesihatan.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan