Jimmy Choo Hampir Menitis Air Mata Bila PM Beri Sokongan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Jimmy Choo
Datuk Jimmy Choo

PETALING JAYA: Pereka kasut terkenal dunia dari Malaysia, Datuk Jimmy Choo berkata, beliau berasa terharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan sokongan untuk beliau (Jimmy) mengambil alih semula syarikat yang diasaskannya 15 tahun lalu.

"Saya hampir menitiskan air mata apabila perdana menteri memberitahu bahawa usaha saya untuk membeli kembali syarikat yang saya asaskan dahulu adalah satu langkah yang betul dan akan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia," ujarnya dalam temuramah dengan stesen televisyen NTV7 pada Selasa.

Jimmy Choo yang kasut rekaannya dipakai dari keluarga diraja dunia seperti mendiang Puteri Diana sehinggalah kepada selebriti hollywood kini telah melantik sebuah firma broker London - Daniel Stewart - untuk membantunya membeli semula syarikat yang diasaskannya dahulu.

Adalah difahamkan nilai semasa syarikat itu kini ialah sekitar £500 juta (RM2.4 bilion).

Pemilik syarikat itu sekarang, TowerBrook Capital Partners, baru-baru ini telah mengumumkan hasrat mereka untuk menjual syarikat yang memegang semua jenama fesyen Jimmy Choo. Mereka telah melantik bank pelaburan, Goldman Sachs Group Inc dan Morgan Stanley untuk mencari pembeli yang berpotensi.

Pada tahun 2001, pereka kasut kelahiran Malaysia itu telah menjual 50% pegangannya kepada rakan niaganya sendiri iaitu Tamara Mellon yang juga merupakan editor majalah aksesori Vogue. Syarikat itu kini menjual jenama kasut Jimmy Choo di seluruh dunia.

Selepas melupuskan kepentingannya dalam syarikat tersebut, Jimmy Choo hanya menghasilkan kasut rekaan khasnya itu dari kedainya yang terletak di Connaught Street, London.

Dalam program NTV7 itu, Jimmy Choo telah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau mahu menguasai kembali syarikat yang pernah diasaskannya suatu ketika dahulu.

"Hasrat saya ialah untuk melahirkan generasi baru pereka dan pencipta kasut Jimmy Choo dan satu-satunya cara untuk saya menunaikan hasrat tersebut ialah dengan menguasai semula syarikat yang saya asaskan itu.

"Yang keduanya ialah, saya ingin menjadikan negara saya sendiri sebagai pusat untuk mengembangkan jenama Jimmy Choo dan saya hanya boleh berbuat demikian dengan menguasai syarikat ini kembali. Tanpanya saya tidak berupaya berbuat demikian," tegasnya.

Bagaimanapun Jimmy Choo berkata, dia berasa sebak dan hampir menitiskan air mata apabila mendengar perdana menteri sendiri memberi sokongan ke atas usaha terbarunya itu.

"Saya faham beliau seorang yang tersangat sibuk dan jadualnya sangat ketat tetapi hakikat bahawa beliau sudi menerima kunjungan saya dan meluangkan waktu untuk bertemu dan bercakap dengan saya semalam (Isnin) sangat-sangat menyentuh jiwa dan perasaan saya.

"Saya hampir menitiskan air mata mendengar segala kata-kata semangat daripada perdana menteri saya sendiri...," ujarnya.

Jenama Jimmy Choo kini dilihat sebagai produk berjenama mewah popular dunia setanding dengan nama-nama mewah yang lain dalam dunia fesyen.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan