Harga Ayam Kembali Normal April - Noh

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian pada Isnin memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga menjangkau purata RM8.20 satu kilogram sekarang akan kembali normal menjelang April.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, kenaikan harga sekarang disebabkan antara lainnya oleh kekurangan bekalan yang jarang berlaku pada bulan Mac kerana selalunya permintaan pada bulan berkenaan adalah rendah.

"Permintaan tinggi pada bulan Januari dan Februari kerana perayaan, tetapi bekalannya sentiasa mencukupi pada bulan Mac. "Tetapi tahun ini, kemungkinan kerana cuti sekolah dan kenduri kahwin yang banyak, permintaannya naik mendadak," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Noh berkata harga ayam di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara jiran.

Katanya faktor cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada kenaikan harga makanan itu, di mana ianya menyebabkan penternak lebih berhati-hati untuk menambah bekalan.

"Cuaca buruk yang melanda Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah baru-baru ini turut menyumbang dan penternak tidak memasukkan anak ayam ke dalam ladang mereka kerana dikhuatiri banjir berulang. "Kesan dari tindakan ini, kekurangan bekalan berlaku 45 hari kemudian di mana tempoh itu diperlukan untuk anak ayam membesar," katanya.

Beliau berkata kenaikan harga makanan ayam seperti jagung dan kacang soya yang meningkat 60 peratus turut menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran.

Sebagai langkah berjaga-jaga di masa hadapan, Noh berkata kementerian akan mewujudkan Program Stok Penimbal Ayam bagi menampung permintaan bekalan ayam yang semakin meningkat dan juga bagi menampung bekalan ketika ianya diperlukan.

"Usul mengenainya akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan dan bagi menubuhkan satu polisi bagi menyokong program itu," katanya.

Ketika ditanya sama bencana alam yang menimpa Jepun minggu lepas menyebabkan kenaikan itu, Noh berkata Malaysia tidak mengimport ayam dari Jepun kerana negara itu tidak mempunyai rumah sembelihan halal.

Katanya Malaysia mengimport 20,000 tan metrik ayam setahun dari China, Thailand dan Eropah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata bekalan sekarang sepatutnya sekitar 1.3 juta ekor sehari bagi menampung permintaan sebanyak 1.2 juta ekor sehari tetapi bekalan yang direkodkan sekarang adalah kurang daripada 1.3 juta ekor sehari.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan