Belum Terlewat Pembangkang Kaji Hubungan Dengan PKR:Zaid

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan dengan isu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Zaid Ibrahim berkata sewajarnya hubungan itu perlu dikaji semula kerana sudah terlalu banyak isu integriti membabitkan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan termasuk isu video lucah itu.

"Sepatutnya PAS kaji lama dah (hubungan dengan PKR). Ini membabitkan soal integriti dan kewibawaan pemimpin yang bukan sahaja kepada parti pembangkang tetapi juga kepada pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Banyak masa negara kini bertumpu kepada soal integriti Anwar. Patut fikir hal rakyat dan satu penyelesaian perlu dikaji dan diambil," katanya kepada pemberita selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, Selasa.

Zaid yang juga Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu memberikan keterangan kepada polis bersabit laporan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Sabtu lalu, Zaid membuat laporan polis terhadap Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya bersabit isu asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan Anwar.

Mengulas lanjut, Zaid berkata Anwar perlu berundur daripada jawatannya jika benar terbabit dalam video tersebut.

"Saya belum lihat video berkenaan dan kalau sudah lihat nanti boleh saya beri komen dan kalau benar terbabit kenalah berundur," katanya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa hairan pemimpin PKR itu termasuk pemimpin parti itu yang lain memberikan pelbagai alasan menafikan terbabit tuduhan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu video berkenaan.

"Saya hairan juga bagi pelbagai komen dan apakah mereka sudah lihat video itu," soal Zaid.

Bagaimanapun Zaid meminta pemimpin PKR tidak menyalahkan pihak lain yang kononnya terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan