Sistem Penyejukan Loji Nuklear Fukushima Kembali Pulih - Ongkili

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan terkini di Loji Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun semakin positif sejak malam tadi apabila sistem penyejukan di Unit 5 dan 6 telah kembali pulih dan suhu kembali normal, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata sehingga pukul 3 petang tadi, proses penyejukan di unit 1, 2 dan 3 masih diteruskan dengan mengepam air laut manakala bagi unit 4, semburan air ke dalam kolam simpanan masih diteruskan.

"Selain itu, usaha mengembalikan bekalan elektrik di unit-unit berkenaan masih diteruskan dan tahap amaran radiasi dari loji masih berada di tahap serius," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata bacaan kadar radiasi di bandar-bandar utama Jepun menunjukkan kadar bacaan yang lebih rendah dan tidak membahayakan manusia.

Sementara itu, pemantauan terhadap barang makanan di negara matahari terbit itu menunjukkan kehadiran bahan radioaktif Iodin-131 di dalam susu, sayur bayam dan daun bawang dan ia melebihi tahap yang dibenarkan oleh kerajaan Jepun, katanya.

"Pihak berkuasa Jepun sudah pun mengeluarkan larangan eksport kepada makanan-makanan ini," katanya.

Beliau berkata bahan cemar radioaktif yang terlepas dari Loji Nuklear Fukushima juga bergerak ke arah Timur Laut sejak semalam hingga hari ini.

"Ia kemudiannya akan bergerak ke arah barat daya sehingga Rabu ini pergerakannya hanya di sekitar negara Jepun dan tidak akan sampai ke Malaysia," katanya.

Menurutnya, pihak kementerian akan terus memantau perkembangan loji nuklear itu di Jepun setiap hari melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan