Parti Liberal Demokratik Mohon Keadilan

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew memohon keadilan dan munasabah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam perkara mengekalkan Datuk Peter Pang En Yin sebagai menteri kabinet negeri dan kekosongan jawatan timbalan ketua menteri.

Dalam hubungan ini, beliau mengiktiraf kuasa mutlak ketua menteri dalam pelantikan menteri kabinet negeri.

Bagaimanapun, katanya dalam melaksanakan kuasa budibicara beliau, ia adalah satu perkara ia dilaksanakan secara kehakiman dengan mengambil pertimbangan kepentingan semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kekosongan jawatan timbalan ketua menteri selepas melancarkan Pesta Jalanan Sandakan di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan (ADUN) Karamunting Pang yang kini tidak mewakili mana-mana parti sejak meninggalkan LDP pada September tahun lepas berikutan timbalan presiden LDP Chin Su Phin menyatakan bahawa kepimpinan parti tidak lagi mampu bekerja dengan Musa memohon menyertai Gerakan bersama-sama lebih 100 penyokong di Sandakan minggu lepas.

Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memberi contoh ikutan dalam kes Senator Datuk T. Murugiah yang disingkirkan oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) pada 2009 tetap masih kekal dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini mempamerkan kuasa mutlak Perdana Menteri. Senator Datuk Murugiah kekal dalam pentadbiran Datuk Seri Najib walaupun selepas beliau disingkirkan daripada PPP pada 2009 sehingga beliau menyertai MIC setahun kemudian.

"Pada 2010, PM terus mengekalkan beliau sebagai Timbalan Menteri di JPM tetapi PPP "diberikan saguhati" dengan seorang senator, seorang Timbalan Menteri Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai senator dan juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan," kata beliau.

Katanya beliau tidak meminta lebih daripada itu hanya "keadilan dan juga munasabah dalam perkara tersebut".

Beliau berkata LDP telah menyumbang empat kerusi kepada BN pada pilihan raya umum lepas dengan memenangi semua kawasan yang ditandingi di Tanjung Kapor (Kudat), Merotai (Tawau), Karamunting (Sandakan) dan Parlimen Sandakan."

"Dalam hubungan ini, kita telah menyumbang 100 peratus pada kemenangan B Npada pilihan raya umum 2008.

"Ia juga tidak dinafikan bahawa LDP telah menyumbang dengan positif terhadap pembangunan politik di Sabah. Kita tidak pernah mengabaikan perjuangan kita dengan BN," katanya.

Mengenai kerusi negeri Karamunting, Liew berkata ia tidak perlu diulas kerana sejak kawasan pilihan raya itu diwujudkan pada 1999, Karamunting diperuntukkan kepada LDP untuk bertanding.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan