Kempen 'Gelombang Merah' Makin Dapat Tempat Di Hati Pengundi Muda - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Kempen 'Gelombang Merah' yang dilancarkan Umno Kelantan bagi mendekati kira-kira 400,000 pengundi muda negeri itu menunjukkan impak positif menerusi peningkatan peserta program.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sejak dilancarkan bulan lepas, secara purata lebih 1,000 belia menyertai setiap program yang diadakan.

"Saya rasakan tindakan kita lancar 'Gelombang Merah' adalah tindakan yang baik dan bijak. Di Pasir Puteh, lebih 7,000 golongan muda Kelantan menghadiri kempen ini.

"Laporan yang saya terima sesetengah tempat lebih 1,000 golongan muda yang hadir setiap kali kempen 'Gelombang Merah' diadakan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen peringkat Parlimen Pasir Puteh itu, di sini Ahad.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata respons positif golongan muda terhadap program itu memberi petanda baik kepada Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

'Gelombang Merah' bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" dilancarkan awal Februari lepas dan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara usaha Umno menawan semula Kelantan yang ditadbir PAS sejak 21 tahun lalu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan