Dr Mashitah Dilantik Semula Sebagai Anggota Dewan Negara

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara bagi satu penggal lagi, pada Isnin mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ketika mengalu-alukan pelantikan semula Dr Mashitah itu, Abu Zahar berharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan menunjukkan prestasi yang baik dan berkredibiliti dalam memantap dan memasyarakatkan Dewan yang mulia.

Abu Zahar juga mengingatkan semua anggota Dewan Negara supaya tidak terlalu beremosi ketika berada di dalam dewan yang boleh merosakkan nilai dan pengaruh Dewan Negara.

Upacara mengangkat sumpah itu turut disaksikan 19 anggota Dewan Negara antaranya ialah Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal.

Dr Mashitah, 47, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkelulusan Doktor Falsafah, Universiti Kaherah Mesir, peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar Mesir. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan