Bonda Tuanku Mizan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM.

Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.

Antara yang turut berada di Pengkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini, rakyat jelata diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir bermula pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al Muktafibillah Shah, Ladang petang Isnin.

Almarhum Tengku Bariah yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan