Umno Kedah Laksana Sistem Blok Perkukuh Jentera Parti - Berita Semasa | mStar

Umno Kedah Laksana Sistem Blok Perkukuh Jentera Parti

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Umno Kedah akan melaksanakan sistem blok di semua bahagian di negeri itu bagi memperkukuhkan jentera parti pada peringkat akar umbi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata menerusi sistem itu, wakil akan dilantik menjaga setiap blok yang diwujudkan dan mereka berperanan mengenal pasti masalah pengundi dalam blok masing-masing sebelum dan selepas pilihan raya.

"Hasilnya terbukti apabila diperkenal sistem ini pada pilihan raya kecil di Kerdau, Tenang dan Merlimau baru-baru ini sebagai pendekatan baru," katanya pada sidang media, di sini Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata wakil itu juga bertanggung jawab memastikan pengundi di blok mereka keluar membuang undi pada hari pemilihan.

Beliau juga yakin sistem itu dapat membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan jika dilaksana dengan baik.

Ahmad Bashah sebelum itu merasmikan pelancaran sistem blok untuk Umno Bahagian Langkawi. Pada majlis itu turut diumumkan 10 cawangan Umno di sini yang berjaya mendaftarkan pemilih teramai dengan jumlah keseluruhan 2,227 orang. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan