Tidak Mustahil Pengundi Sarawak Akan Buat Perubahan, Kata Abdul Hadi

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh sini, Ahad.

Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw.

Pada Sabtu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan, Isnin.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang mengadakan ceramah di sini, Sabtu yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata:

"Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara berkenaan". - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan