Premium Tanah Di Sarawak Masih Antara Terendah, Kata Menteri

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Premium tanah di Sarawak masih antara yang terendah di Malaysia dan malahan pembaharuan pajakan tanah turut dilaksanakan secara automatik, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menyangkal dakwaan parti-parti pembangkang bahawa Sarawak mengenakan kadar premium tanah amat tinggi, beliau memberikan contoh Sarawak hanya mengenakan kadar RM1,000 bagi sebuah rumah teres manakala di Gelugor, Pulau Pinang, pemilik rumah sedmikian perlu membayar RM12,000.

Beliau merujuk kepada kajian oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dan berkata Pulau Pinang dan Selangor mengenakan premium beberapa kali ganda lebih tinggi daripada Sarawak bagi geran tanah yang akan tamat tempoh 20 tahun lagi dan telah dikemukakan bagi pembaharuan pajakan untuk tempoh lebih 99 tahun.

"Sarawak hanya mengenakan RM1,000 bagi sebuah rumah teres, RM3,000 bagi rumah kembar dua dan RM6,000 bagi rumah sebuah di bawah kategori pajakan 60 tahun dan masing-masing RM1,300, RM3,900 dan RM7,800 bagi kategori pajakan 99 tahun," kataya.

Kajian itu meliputi kaedah pembaharuan pajakan tanah dan premium yang dikenakan di Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.

Awang Tengah berkata pemilik di Gelugor, Pulau Pinang perlu membayar RM12,000, RM36,000 dan RM61,000, masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dan sebuah dalam kategori pajakan 99 tahun.

Kajian itu menunjukkan pemilik rumah di Pulau Pinang perlu membayar premium bagi pembaharuan pajakan lapan kali ganda lebih tinggi daripada pemilik rumah di Sarawak.

Selain itu, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak juga menimbangkan kadar premium berdasarkan merit bagi kes tertentu.

Beliau menyenaraikan beberapa penemuan dalam kajian itu:

• Di Shah Alam di Selangor, kadar pembaharuan pajakan 99 tahun ialah RM25,000, RM55,000 and RM71,000 masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dan sebuah. Ini 19, 14 dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada di Sarawak.

• Rumah kediaman di bawah pajakan 60 tahun di Sarawak dikenakan bayaran RM40,000 dan RM20,000 di bandar utama dan bandar sekunder manakala di pekan luar bandar dikenakan bayaran RM10,000. Bagi pajakan 99 tahun, kadarnya ialah RM52,000, RM26,000 dan RM13,000. Sebagai perbandingan, rumah kedai di bawah pajakan 99 tahun di George Town dan Sungai Nibong di Pulau Pinang, diklasifikasikan sebagai bandar utama, masing-masing dikenakan bayaran RM204,000 dan RM150,000.

• Di Selangor, pemilik rumah kedai dua tingkat perlu membayar RM150,000 bagi setiap unit di Seksyen 17, Shah Alam manakala pemilik di bandar utama di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu hanya membayar kadar RM52,000 bagi pajakan 99 tahun.

Selain itu, Pulau Pinang dan Selangor tidak mengamalkan pembaharuan pajakan tanah secara automatik sepertimana didakwa pembangkang, kata Awang Tengah.

Mengenai Tanah Adat pribumi, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan dan mewartakan 27 lokasi meliputi kawasan seluas 21,286 hektar sebagai tanah komunal Bumiputera pada 2010.

Tanah itu melibatkan 10,880 penuntut tanah adat dari 16 kampung dan 68 rumah panjang daripada pelbagai kumpulan etnik di seluruh negeri.

Bagi 2011, Awang Tengah berkata 107 kawasan tanah adat berjumlah 377,370 hektar telah diluluskan untuk diukur dan diwartakan sebagai tanah komunal Bumiputera. Kira-kira 57,061 penuntut daripada pelbagai lapisan masyarakat akan mendapat faedah daripada program itu.

Kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta bagi kaji ukur tanah adat bagi 2011-2012 untuk menandakan sempadan tanah adat dan tanah kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan