Pelajar Tingkatan Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan - Berita Semasa | mStar

Pelajar Tingkatan Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Putra terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah bas di Simpang Kampung Pondok, Jalan Abi Tok Hashim, dekat sini malam Sabtu. Muhammad Shamin Akmal Murkamin, 15, yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira pukul 8.40. Pegawai Turus Trafik Perlis ASP Rosli Yahaya berkata, bas yang tiada penumpang sedang keluar dari Simpang Kampung Pondok manakala mangsa dari arah Abi Tok Hashim hilang kawalan lalu melanggar bahagian depan bas.

Mangsa yang menetap di sebuah rancangan perumahan awam (RPA) di sini terbunuh di tempat kejadian manakala pemandu bas berusia 60 itu membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kejadian itu.

"Ketika kejadian mangsa tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Sabiha Din, 41, berkata beliau sedang bekerja di sebuah restoran sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suaminya kira-kira pukul 9.00 malam. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan