Malaysia Tumpu Pelaburan Dalaman Atasi Kesan Bencana Jepun, Harga Minyak

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia menyusun beberapa langkah termasuk menumpukan kepada sektor pelaburan dalaman sebagai persediaan menghadapi impak bencana di Jepun dan kenaikan harga minyak dunia.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan yakin impak kedua-dua isu itu terhadap ekonomi negara tidak teruk sehingga menjejaskan sasaran yang ditetapkan kerajaan.

"Walaupun negara mempunyai hubungan besar dengan Jepun di dalam perdagangan dan pelaburan tetapi ianya khusus di beberapa seksyen sahaja...Ia tidak memberikan kesan yang tinggi kepada perkembangan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian Surau Al-Hidayah Kampung Jelapang Jaya di sini.

Beliau juga menegaskan Malaysia masih mampu menghadapi kenaikan harga minyak global sekarang yang diburukkan dengan penutupan telaga minyak di Libya.

Kenaikkan harga minyak itu katanya, telah meningkatkan peruntukan subsidi kerajaan daripada RM10 bilion kepada RM14 bilion.

Bagaimanapun kata Ahmad Husni, kerajaan tidak bercadang mengurangkan subsidi yang diberi kepada rakyat sekarang kerana langkah tersebut membebankan mereka yang berpendapatan rendah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan