Dua Perkhidmatan Tren Ke Selatan Dan Pantai Timur Dihentikan Sementara Akibat Banjir

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan (KL Sentral-Singapura) dan Ekspres Senandung Wau (Tumpat-KL Sentral) dihentikan sementara berikutan banjir di Km 522 hingga 522.25 antara Tampin dan Batang Melaka.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di sini, berkata kejadian banjir itu menyebabkan enam 'sleeper' tergantung.

"Tindakan memberhentikan sementara perkhidmatan itu adalah untuk menjaga keselamatan penumpang memandangkan landasan tidak selamat untuk dilalui apabila dinaiki air," kata kenyataan itu.

KTMB menjangkakan berlaku kelewatan waktu berlepas dan tiba pada petang Ahad disebabkan kerja membaik pulih landasan yang giat dijalankan.

Kenyataan itu berkata KTMB juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, orang orang diminta hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan