Tiada Rakyat Malaysia Berada Dalam Radius 50KM Dari Loji Tenaga Di Fukushima

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMBAKUT: Setakat ini tiada rakyat Malaysia dikesan berada dalam lingkungan 50km dari loji nuklear di Fukushima, timur laut Jepun yang mengalamai kebocoran radioaktif akibat beberapa letupan ekoran kejadian gempa bumi kuat dan tsunami di sekitar kawasan itu minggu lepas, kata Menteri luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Perdana Menteri Jepun Naoto Kan baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada mereka yang tinggal dalam radius 30km dari kawasan loji itu supaya jangan keluar dari rumah buat sementara waktu.

Menurutnya selain itu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sentiasa berhubung rapat dengan dengan agensi-agensi yang berkaitan di Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa berhubung kebocoran radiasi itu.

"Sekiranya keadaan bertambah buruk, kerajaan akan bawa rakyat Malaysia yang berada di sana kembali ke tanah air," katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan semasa di Jepun.

"Setakat ini bagi mereka yang ingin kembali, kerajaan akan mengatur penerbangan komersil buat mereka, dan kerajaan sudah minta Penerbangan Malaysia memberi keutamaam kepada rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air," tambahnya.

Pada 12 Mac lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) sehari sebelum itu.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk sekitar terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar ekoran letupan berkenaan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan