Taib Ketuai BN Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Akan Datang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi bagi memastikan pemimpin baru dapat mengambil alih pentadbiran dengan baik.

"Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya pada pelancaran program "Sejiwa Senada" peringkat bahagian Kota Samarahan di sini, Sabtu.

Program itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat dan penjawat awam dengan pusat sehenti turut disediakan untuk memberi perkhidmatan segera kepada rakyat.

Taib berkata langkah beliau itu bagi memastikan usaha membangunkan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi dan membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat diteruskan walaupun kepimpinan negeri bakal bertukar.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata biarpun satu hari kelak beliau akan bersara daripada menyandang jawatan yang dipegangnya hampir 30 tahun itu, beliau mahu melihat kualiti hidup rakyat Sarawak terus meningkat di bawah kepimpinan baru negeri akan datang.

"Ini cita-cita saya. Satu hari nanti saya akan pergi juga. Saya sudah tua dan saya tidak mahu cita-cita saya mati bersama saya," katanya.

Taib berkata cita-cita itu turut didukung oleh pemimpin-pemimpin negeri Sarawak yang seangkatan dengan beliau yang mahukan pemimpin-pemimpin baru nanti meningkatkan perkhidmatan mereka demi untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet persekutuan dan negeri, termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan