PM Umum Peruntukan Lebih RM250 Juta Untuk Projek Rakyat Di Serian Dan Tebedu

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM252.85 juta untuk pelbagai projek rakyat di kawasan Serian dan Tebedu.

Beliau berkata peruntukan itu bagi bekalan air bersih luar bandar untuk 2,910 rumah di Tebedu membabitkan peruntukan sebanyak RM105 juta dan untuk 4,409 buah rumah di Serian sebanyak RM116.5 juta.

Sementara RM13.39 juta untuk projek bekalan elektrik di Serian yang melibatkan 408 buah rumah, selain peruntukan RM12.5 juta untuk projek klinik kesihatan di Pedawan dan RM120,000 untuk pembelian pendingin hawa untuk Dewan Masyarakat Serian, katanya ketika melancarkan program "Sejiwa Senada" untuk bahagian Kota Samarahan, di sini.

Program itu merupakan program peringkat negeri yang diadakan sejak tahun lepas dan telah menjelajah ke sembilan bahagian di Sarawak bagi tujuan merapatkan hubungan antara rakyat dan penjawat awam melalui promosi perkhidmatan yang dapat membantu rakyat mempercepatkan proses urusan rasmi.

Lawatan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama beberapa menteri Kabinet persekutuan ke Serian merupakan permulaan program turun padang oleh pemimpin negara ke semua negeri bagi mendekati rakyat, dan ia dijangka berakhir September ini.

Najib, yang berpakaian tradisi kaum Bidayuh semasa berucap turut menuturkan beberapa perkataan dalam bahasa Bidayuh iaitu " aku ira nyugon ahi terima kasih" yang bermakna "saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua", yang disambut tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Selain itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk projek jalan raya di kawasan Serian.

Turut hadir pada majlis itu ialah Muhyiddin, dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku pengerusi Jawatankuasa Pemandu bagi Program Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun padang ke semua negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan