Pilihan Raya Negeri Sarawak: Abdul Taib Akan Namakan Pengganti

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa beliau dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mencapai kata sepakat berkaitan pengganti Ketua Menteri itu selepas Pilihan Raya Negeri itu nanti.

Perdana Menteri berkata, Abdul Taib memerlukan sedikit masa untuk memastikan siapa penggantinya yang boleh menjamin kestabilan dan kekuatan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan akan berterusan.

"Saya cakap secara terang bahawa Taib dan saya dah ada persefahaman bahawa apa yang penting ialah peralihan secara tersusun dan teratur," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai hasrat Abdul Taib, yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran negeri ini pada 26 Mac ini untuk berundur sebagai ketua menteri.

Kata Abdul Taib, beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri itu ketika ditanya sama ada penyerahan pentadbiran negeri kepada kepimpinan baru dijangkakan pada pertengahan penggal, beliau tidak menolak kebarangkalin itu.

"Ia mungkin. Saya harap semua orang akan bersetuju," katanya

Beliau juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping telah diminta oleh pucuk pimpinan BN supaya mengetuai jentera pilihan raya negeri.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan