Perubahan Kepimpinan Sarawak: Kami Tahu Masa Yang Tepat - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun tahu masa yang tepat untuk melakukan perubahan kepada kepimpinan di negeri ini.

Najib berkata beliau dan Taib mempunyai 'persefahaman yang sangat baik' mengenai masa untuk membuat pengumuman berhubung perkara itu.

"Saya tahu beliau telah bersedia. Apabila tiba masanya, beliau sedia beredar dari arena dan kami mempunyai persefahaman yang sangat baik mengenai bilakah ia akan berlaku," katanya ketika berucap pada program 'Senada Sejiwa' di sini, Sabtu.

Program itu yang mengetengahkan pameran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, dianjurkan oleh kerajaan Sarawak.

Najib berkata perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama.

"Janganlah desak tapi ikutlah tradisi yang baik dalam negara kita, yang penting peralihan kuasa yang tertib tersusun supaya kepimpinan baru yang ambil alih nanti boleh membawa Sarawak kepada keadaan yang lebih baik lagi," kata Najib.

Menerusi peralihan kuasa yang lancar, beliau berkata kerajaan persekutuan akan dapat membantu Sarawak mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Katanya pendekatan ini, yang telah diterima oleh kalangan masyarakat Malaysia nyata bukan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang memandangkan mereka mengharapkan perubahan radikal menerusi demonstrasi jalanan atau rusuhan.

Najib berkata perubahan kepimpinan yang lebih disukai oleh Barisan Nasional mengambil kira kestabilan dan pembangunan yang berterusan.

Katanya pembangunan pesat yang berlaku di Sarawak sejak beliau menjadi Perdana Menteri dua tahun lepas sebahagian besarnya disebabkan hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Malah Ketua Menteri turut mengakui bahawa belum pernah Sarawak menikmati peruntukan yang begitu besar dan ia dilakukan bukan kerana pilihan raya tetapi yang penting ialah memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan