Najib minta rakan Facebook sokong dirinya sebagai PM

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta golongan muda melalui rakan-rakan Facebook beliau supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak, Sabtu.

Sambil melahirkan perasaan gembira bertemu dengan 250 rakan online dari seluruh Sarawak buat pertama kali, Najib berkata golongan muda perlu mempunyai idealisme dan harapan kepada kerajaan dalam soal tadbir urus yang adil dan telus.

"Kerajaan mungkin tidak sempurna. Tapi kami cuba sedaya mungkin, bagi menjadi kerajaan dan tadbir urus yang lebih baik agar rakyat lebih yakin bahawa ia berada di sini untuk melindungi kepentingan setiap rakyat negara ini," katanya pada sesi "Mari Berjumpa Berhubung" dengan rakan-rakan Facebook tempatannya di sini, yang kemudian menyertai beliau untuk bersarapan dan bersua muka dengannya.

Najib, yang kini mempunyai 590,000 peminat dalam Facebook dan lebih 90,000 dalam Twitter, berkata ia semakin bertambah penting bagi beliau dan pemimpin yang lain dalam pentadbirannya untuk berinteraksi secara bermakna dengan setiap rakyat Malaysia.

Selepas mengadakan dua sesi yang sama di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya, beliau berkata para pemimpin perlu mencari pengguna internet dan laman sosial yang lain di mana bilangan rakyat atau orang ramai yang didapati semakin bertambah untuk melibatkan mereka dalam dialog.

"Jika anda tidak boleh menemui saya, saya akan pergi kepada anda. Saya akan cuba dan bertemu dengan seberapa ramai rakan-rakan online apabila saya melawat seluruh Malaysia," katanya sambil berharap setiap seorang rakan online yang dijemput beliau akan menyokong dan mengamalkan prinsip 1Malaysia.

Beliau menyifatkan perjumpaan hari ini sebagai satu daripada cara untuk berhubung dengan rakyat melalui cara yang baru dan inovatif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.

"Saya juga berinteraksi dengan tetap dalam Twitter, jadi jika anda tertanya-tanya, ya, memang saya yang sebenarnya membalas tweet anda. Saya lakukan pada sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan antara temu janji dan selepas bekerja sebelum saya tidur," kata Najib.

Mengenai Sarawak, beliau berkata kerajaan persekutuan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi membawa lebih banyak pelan pembangunan terutama selepas pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Sementara kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam membawa Sarawak setanding dengan semenanjung, beliau berkata negeri itu mencapai kadar tertinggi dalam pembangunan sejak dua tahun kebelakangan ini.

"Sarawak bukan sebuah negeri yang kecil. Saya ingat Pahang ialah sebuah negeri yang besar tapi bagi orang di sini 60 km adalah satu jarak yang dekat tidak seperti di Perlis apabila jarak yang sama sudah pasti ia sudah berada di negeri lain," katanya.

Najib berkata bagi melaksanakan demokrasi, yang dilaksanakan dengan penyertaan rakyat, kerajaan amat komited bagi membawa perubahan bagi menggambarkan aspirasi rakyat.

Berbanding dengan negara-negara seperti Mesir dan Libya, di mana hak demokrasi merupakan satu isu yang sangat penting, beliau berkata Malaysia adalah berbeza kerana ia telah membuktikan bahawa sistem demokrasi itu digambarkan melalui peti undi.

Sementara itu, seorang dari rakan Facebook beliau dari Betong, Grace Graa berkata beliau bangga kerana Perdana menteri memanfaatkan media baru untuk berhubung dengan rakyat kerana beliau memahami apa kehendak rakyat.

"Majlis bersua muka ini amat baik," katanya sambil berharap lebih banyak pertemuan seperti ini diadakan di Sarawak pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan