Kemasukan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan Dari Jepun Dipantau - Berita Semasa | mStar

Kemasukan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan Dari Jepun Dipantau

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan akan terus memantau dan membuat pemeriksaan ketat terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan yang diimport dari Jepun, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata ini bagi menyekat kemasukan produk yang dicemari radioaktif daripada memasuki negara ini ekoran beberapa siri letupan loji tenaga nuklear akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu minggu lepas.

Beliau berkata kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan membuat pemeriksaan di setiap pintu masuk pusat kuarantin bagi memastikan produk tersebut bebas daripada kesan radioaktif.

"Hasil ternakan dalam tin kalau ada yang diimport ke Malaysia kita akan pastikan puncanya, buah-buahan dan sayuran jeruk ada (dari Jepun), pemantauan akan dibuat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Tani di Kontena Nasional Berhad di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, Noh berkata Malaysia tidak mengimport daging kambing dan lembu dari Jepun kerana tidak ada satupun rumah sembelihan di negara itu yang mempunyai sijil halal.

"Tidak ada satu pun rumah sembelihan yang dapat sijil Halal daripada kerajaan kita. Kita juga tidak mengeluarkan sebarang permit import (AP) untuk mengimport daging dari negara itu. Ikan segar pun kita tidak import dari Jepun," katanya.

Justeru, katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan produk daging lembu kambing serta ikan segar yang dijual di negara ini.

Terdahulu, ketika berucap Noh berkata kementerian meletakkan sasaran di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk membangunkan seramai 250 orang usahawan tani yang mampu menjana jualan sebanyak RM100,000 setahun, pada tahun ini.

Beliau berkata kementerian turut mensasarkan sebanyak 600 produk tempatan mendapat pengiktirafan jenama 1 Malaysia Best.

Karnival dua hari anjuran kementerian dan Kontena Nasional Berhad itu, bertujuan untuk mempromosikan kemudahan-kemudahan logistik yang disediakan oleh Kontena Nasional terutamanya perkhidmatan logistik Halal di samping mempromosi produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan tani dan juga pengusaha industri kecil dan sederhana.

Seramai 3,000 pengunjung dijangka melawat karnival yang menyediakan lebih 50 gerai pameran dan jualan seperti makanan sejuk beku, produk kecantikan, kesihatan dan pameran produk tani. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan