Injil: Bincang Jika Tidak Puas Hati, Kata Ongkili

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk cop "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" pada injil berbahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dinasihatkan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di kalangan gereja mengenai perkara itu, cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah pemimpin terbabit mengadakan perjumpaan dan perbincangan secara tertutup.

"Mereka patut berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin (Tun) Hussein dan menggariskan butiran dan caranya. Lagi kurang diperkatakan secara terbuka adalah lebih baik," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara berkata kerajaan sentiasa menggunakan dialog dan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkaitan agama.

"Sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Saya fikir perbincangan patut diadakan berikutan Hishammuddin sendiri telah bersetuju untuk berjumpa mereka sekali lagi minggu ini. Saya berdoa penyelesaian yang diterima majoriti ramai akan dicapai," katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan untuk cop 5,100 naskhah injil berbahasa Malaysia dengan perkataan "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" yang menurut Hishammuddin dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang niat untuk mencacatkan kitab suci kristian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan