Buku Dr Mahathir Perjelas Tindakan Sepanjang Jadi PM

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Buku "A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang ditulis oleh bekas perdana menteri itu adalah bagi menjelaskan tindakannya sepanjang 22 tahun memimpin negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata oleh itu sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik dan menilai kandungan buku itu kerana apa yang tertulis dalam buku itu adalah pengalaman Dr Mahathir sepanjang beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

"Sepanjang lapan tahun Tun menghasilkan buku itu, saya menerima banyak desakan daripada pelbagai pihak meminta Tun menulis mengenai pengalamannya dan memang pada waktu itu beliau sudah mula menulis dan mereka meminta buku itu diterbitkan secepat mungkin kerana banyak perkara yang tidak diketahui umum yang hanya beliau dan juga rakan-rakan terdekatnya sahaja yang tahu.

"Contohnya latar belakang ataupun sebab-sebab kenapa sesuatu tindakan itu diambil. Jadi sebagai Perdana Menteri sudah tentulah tindakan yang diambil itu kadang-kadang tidak diberi penjelasan, apa latar belakangnya, apa pemikirannya dan saya ingat buku itu banyak menjelaskan kepada kita perkara-perkara yang kita mahu tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Kebudayaan Jerlun di sini, Sabtu.

Beliau yang merupakan Anggota Parlimen Jerlun berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat.

"Itu terpulang kepada mereka, kalau dirasakan itu satu perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati, sudah tentu ada cara-cara tertentu yang mereka boleh buat untuk membetulkan keadaan sekiranya dirasakan perlu.

"Tetapi ini semua pandangan peribadi Tun sendiri yang beliau rasakan benar. Beliau tentu tidak akan mencemarkan nama baik diri sendiri setelah berkhidmat sekian lama sebagai Perdana Menteri dengan membuat sebarang pembohongan," kata Mukhriz.

Mukhriz berkata penghasilan buku itu menjadi legasi Dr Mahathir dan dalam legasi itu sudah tentu bapanya akan meninggalkan legasi yang baik-baik dan bukan legasi yang akan mencemarkan nama sendiri.

"Saya lihat bahawa beliau (Dr Mahathir) masih mempertahankan segala apa yang telah ditulisnya tetapi jika sekiranya ada sebarang kesilapan yang tidak disengajakan contohnya nama penuh seseorang itu tidak tepat, mungkin itu boleh diperbaiki dalam cetakan seterusnya," katanya.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menyita ruang niaga peniaga-peniaga di daerah itu tanpa memberi surat amaran pertama dianggap keterlaluan dan menghalang punca rezeki peniaga.

"Saya sendiri menerima lebih 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peniaga di sini yang membuat aduan dan melahirkan rasa tidak puas hati tentang tindakan MDKP terhadap premis pernigaaan mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang tindakan MDKP yang menyita ruang niaga 23 peniaga yang menyewa ruang niaga milik MDKP di Pusat Pertubuhan Desa (PPD) Sungai Korok, Air Hitam di sini baru-baru ini kerana mempunyai sewa tertunggak walaupun hanya sebulan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan