Bilik Operasi 'Ops -Balkis' Di Republik Yemen Dibuka Pada Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri pada Sabtu mengumumkan pembukaan bilik operasi "Ops-Balkis' bagi memudahkan pihak keluarga kepada rakyat Malaysia di Republik Yemen mendapat maklumat mengenai perkembangan anggota keluarga mereka di sana.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, ia berkata bilik operasi itu boleh dihubungi dengan menelefon 00 967 1 425834/425837 ataupun menerusi Kedutaan Besar Malaysia di 00 967 1 429781/429782.

Bilik operasi itu juga boleh dihubungi menerusi Duta Besar, Abdul Samad Othman di 00 967 734000121 atau Shaharuddin Onn di 736874547, Ahmad Faisal Ahmad Ramzi, 734006464, Hamdan Abdullah 733256737 dan Mohd Noor Puasa di 733562075.

Menurut kenyataan itu, penghantaran rakyat Malaysia dari negara bergolak itu bermula sejak semalam dan akan berterusan dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Yemen dan Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Pelajar Malaysia di Yemen (Permaya).

Dua hari lepas, kumpulan pertama seramai 10 rakyat Malaysia termasuk dua wanita mengandung, seorang daripadanya sudah cukup bulan untuk melahirkan, tiba dengan pesawat Qatar Airways.

Ahad lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan bahawa kerajaan berhasrat membawa pulang sekitar 443 rakyat Malaysia di bandar Sanaa dan Eden di Yemen berikutan pergolakan politik di negara itu yang semakin bertambah buruk.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan