51 Syarikat Digantung Sijil Pengesahan Halal

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 51 syarikat digantung Sijil Pengesahan Halal (SPH) mereka kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar piawaian halal Malaysia bagi tahun 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak enam syarikat telah ditarik balik taraf SPH oleh panel pengesahan halal dan tidak dibenarkan menggunakan logo halal.

Bagaimanapun katanya 23 syarikat lagi telah dikembalikan SPH selepas panel pengesahah halal berpuas hati dengan tindakan pembetulan syarikat terbabit sebagaimana diarahkan manakala 22 syarikat lagi masih dalam tindakan pembetulan.

"Rekod tersebut merupakan hasil 1,384 pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 bagi kategori produk makanan, 267 premis makanan di hotel dan restoran, 38 rumah sembelih dan dua pemantauan di kawasan gudang.

"Pemantauan tersebut dibuat ekoran pihak Jakim menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung penyalahgunaan logo dan juga sijil halal," katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kad kuasa pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 di sini Jumaat.

Menurut Jamil Khir, bagi memperkasakan lagi SPH, Jakim telah mengiktiraf sebanyak 52 buah badan pengiktiraf pensijilan halal luar negara yang terdiri daripada 26 buah negara.

Mengenai pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim pula, katanya ia adalah rentetan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2009 yang memutuskan supaya Jakim menjalankan pemantauan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Hari ini seramai 62 pegawai Jakim telah dilantik sebagai penolong pengawal perihal perdagangan yang termaktub di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

"Dengan pelantikan ini, saya berharap ia dapat menangkis tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan pegawai Jakim tidak mempunyai kuasa dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sijil dan logo halal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan