Yayasan Selangor Alami Defisit RM7.41 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Yayasan Selangor dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta sehingga November lepas setelah audit dalaman dilakukan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Menurut laporan audit itu, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu mencecah RM996,472 malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Laporan itu yang diedarkan kepada media hari ini menyebut semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.

Pihak audit berpendapat Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar yang dikatakan bukan pilihan utama panel temuduga manakala seorang lagi telah mendapat Notis Kebankrapan.

Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa yang singkat yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui 'Circular Resolusi' tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.

Kerajaan Selangor dalam kenyataan berasingan berkata ia akan meneliti setiap syor yang diberi dan akan mengguna pakai cadangan pihak audit dari semasa ke semasa untuk menjaga kredibiliti Yayasan Selangor yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Audit Dalaman dijalankan dari 29 November hingga 1 Disember 2010 ekoran beberapa isu dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan