Sultan Selangor Dipilih Sebagai Penerima Plak Kehormat Diraja FIMS

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dipilih sebagai penerima Plak Kehormat Diraja, iaitu anugerah antarabangsa tertinggi daripada Persekutuan Perubatan Sukan Antarabangsa (FIMS).

Presiden FIMS Dunia Prof Dr Fabio Pigozzi akan menyampaikan anugerah itu kepada Sultan Selangor, pada majlis makan malam sempena pembukaan Kongres Perubatan Sukan Antarabangsa di sini Ahad ini.

Sultan Sharafuddin dipilih menerima anugerah itu kerana belayar mengelilingi dunia sebanyak dua kali menggunakan kapal layar, di samping pencapaian lain baginda dalam bidang sukan.

"FIMS akan turut memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan Plak Kehormat itu," kata Presiden Persatuan Perubatan Senaman dan Sukan Malaysia (SSEMM) Prof Datuk Dr Mohd Mydin Mohd Musa dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

SSEMM adalah hos tempatan Kongres Antarabangsa itu.

Pada 1995, Sultan Sharafuddin belayar mengelilingi dunia dalam Kapal Layar Diraja Jugra selama 644 hari, singgah di 155 tempat bersama tiga anak kapal, yang bergilir-gilir mengemudikan bot berkenaan, kata kenyataan itu. Baginda adalah anggota Keluarga Diraja Malaysia yang pertama belayar mengeliling dunia. Baginda juga anggota Keluarga Diraja yang pertama bertanding dalam Cabaran Motor Peking-Paris, meliputi jarak 16,000km dari 6 September hingga 18 Oktober 1997.

Sultan Selangor turut mengambil bahagian dalam Cabaran kedua pada 2007.

Sementara itu, Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, dipilih kerana dedikasi dan sumbangan beliau kepada pembangunan sukan di Malaysia ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dari 1986 hingga 1990.

Rosmah diiktiraf kerana pembabitan beliau selain mempromosikan banyak aktiviti sukan, dan sokongan beliau kepada badan-badan sukan.

Ketiga-tiga penerima itu juga akan menerima Felow Kehormat SSEMM. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan