Penggunaan Kenderaan Elektrik Dilulus - JPJ

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kenderaan elektrik telah diluluskan penggunaannya di atas jalan raya selepas ia memenuhi syarat pendaftaran di bawah Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata setakat ini tidak kurang daripada 10 syarikat telah diberi kelulusan oleh kerajaan untuk membangunkan kenderaan sedemikian termasuk motosikal.

"Adalah dijangkakan, semua kenderaan elektrik akan dapat didaftarkan sebagai pengangkutan awam pada pertengahan tahun ini apabila ia didaftarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Dua hari lepas, motosikal elektrik pertama tempatan yang dikeluarkan oleh Eclimo Sdn Bhd dilancarkan dengan 40,000 unit pertama bakal menjengah pasaran domestik dan antarabangsa bulan depan.

Motosikal jenis skuter itu yang berjenama Eclimo digerakkan oleh kuasa bateri ion litium.

Solah jua berkata Akta Pengangkutan Jalan memberi kelonggaran kepada kenderaan elektrik dikecualikan daripada menggunakan nombor casis kecuali nombor enjin, sebagai kenderaan bermotor yang lain.

"Dakwaan sebelum ini bahawa kenderaan elektrik tidak dapat beroperasi di atas jalan sebagaimana kenderaan berjentera yang lain yang menggunakan bahan bakar petrol dan gas, adalah tidak benar.

"Cuma ia terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Standard Pawaian yang dianggotai oleh MIROS, JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebelum dapat digunakan sepenuhnya," katanya.

Mengenai basikal elektrik, Solah berkata keputusan sama ada penggunaannya boleh didaftarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan beroperasi di atas jalan raya adalah bergantung kepada keputusan dalam mesyuarat mengenainya di Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan