MyIPO Mahu Perkenalkan Pendekatan Baru

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO akan mempelbagaikan pendekatan mereka dalam usahanya untuk menyedarkan rakyat Malaysia terhadap peri-pentingnya untuk mendaftar harta intelek (IP).

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin berkata, pihaknya akan mempraktikkan dasar ketuk pintu yang mana para pegawai MyIPO akan turun padang berjumpa dengan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dan memberikan penjelasan mengenai pendaftaran IP.

Langkah murni itu, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada program MyIPO mendekati masyarakat setempat dan bertujuan menjadikan proses pendaftaran IP menjadi lebih mesra rakyat.

“Jika dahulu masyarakat perlu datang ke pejabat kami untuk bertanyakan soalan atau mendapat bantuan nasihat mengenai pendaftaran IP, kini kita tukar pendekatan itu.

Dalam ekspo MAHA baru-baru ini, pihak MyIPO umpamanya sempat berjumpa dan bertanyakan kepada para pengunjung mengenai status IP mereka dan syukur, sambutan yang diberikan adalah cukup baik,’’ katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Datuk Azizan memberitahu, MyIPO bercadang untuk mengadakan Klinik IP dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan dalam tempoh terdekat ini.

Ujar beliau, Klinik IP ini akan diadakan di sebuah kawasan lapang di bawah pejabat MyIPO yang mana kaunter-kaunter khas akan didirikan bagi memberi khidmat nasihat kepada individu-individu yang tidak mengetahui selok-belok mengenai IP.

“Adalah menjadi matlamat jangka panjang MyIPO agar hubungan kerjasama dapat dijalinkan dengan pelbagai pihak untuk melahirkan sebuah masyarakat yang kreatif lagi berinovasi yang sedar akan kepentingan untuk memberi perlindungan kepada apa jua hasil ciptaan mereka,’’ tambahnya lagi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan