Malaysia Bebas Daripada Penyebaran Radiasi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia bebas daripada sebarang kesan penyebaran radioaktif akibat daripada kebakaran loji reaktor nuklear di Fukushima, Jepun.

Menurut Pensyarah Jabatan Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Sukiman Sarmani, kesan penyebaran radioaktif hanya berlaku pada radius tiga kilometer dari loji reaktor nuklear terbabit.

"Jika dilihat apa yang berlaku di Jepun ketika ini penyebaran radioaktif di tahap empat dan ia masih lagi terkawal.

"Pada masa ini juga, tidak akan berlaku hujan radioaktif ataupun hujan asid akibat daripada bencana yang menimpa loji nuklear Fukushima,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesan kebakaran loji reaktor nuklear di Fukushima terhadap Malaysia.

"Kesan penyebaran radioaktif hanya berlaku pada sekitar tiga kilometer dan berada di tahap empat kerana ia melibatkan kawasan setempat. Oleh itu, kesannya tidak akan sampai ke negara-negara lain.

"Kadar penyebaran bahan radioaktif daripada itu akan turut sedikit demi sedikit kerana loji nuklear di Jepun hanya terbakar dan bukannya meletup,” katanya.

Jelasnya reaktor nuklear di Fukushima hanya membebaskan bahan radioaktif yang mempunyai jangka hayat pendek.

"Ini kerana kadar sinaran yang diterima di dalam kawasan reaktor, mula-mula tinggi tetapi dalam masa satu jam merudum turun ke bawah," katanya.

Beliau berkata faktor tiupan angin juga mempengaruhi kadar penyampaian bahan radioaktif tersebut kerana jarak antara Jepun dan Malaysia agak jauh.

"Sekiranya kesan radiasi ini sampai tahap 7 seperti mana yang berlaku di Chernobyl, Ukraine.

"Ia boleh sampai ke Malaysia, namun hanya sedikit kerana kedudukan kita jauh dan tiupan angin pada masa ini juga menghala ke arah utara dan timur laut,” katanya.

Katanya, sekiranya bahan radioaktif tersebut sampai ke Malaysia ia boleh diukur melalui beberapa stesen radioaktif yang terdapat di negara ini.

"Kita boleh kesan sama ada bahan radioaktif itu telah sampai atau tidak melalui stesen kita di Kudat dan Kota Kinabalu.

"Tapi setakat hari ini masih mencatatkan kadar yang normal, di mana tidak ada pertambahan bahan-bahan radioaktif, begitu juga stesen lain di Chuping, Perlis dan juga di selatan di Johor Bahru di Senai,"ujarnya.

Gempa bumi pada 8.9 skala Richter melanda timur Jepun Jumaat lalu sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.

Kejadian itu menyebabkan hampir 6,000 orang terbunuh.

Lebih memburukkan keadaan apabila reaktor nuklear di Daichi, Fukushima terbakar dan didakwa membebaskan bahan radioaktif yang akan memberi kesan kepada kesihatan manusia untuk tempoh jangka masa panjang sekiranya terdedah terlalu lama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan