Kemahiran Penting Dalam Mengatasi Pengaruh Rakan Sebaya, Kata Taib

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan remaja dan belia sangat penting bagi mengatasi pengaruh rakan sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti antisosial, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata mengikut kajian pengaruh rakan sebaya adalah tujuh kali ganda lebih berkesan daripada pengaruh ibu bapa mereka.

"Pengaruh berkenaan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memberi pengaruh terhadap tingkahlaku dan penglibatan golongan remaja dalam aktiviti anti-sosial, seperti lari dari rumah dan penagihan dadah," katanya ketika berucap pada perhimpunan Belia 2011 bertema "Bina Masa Depan Berdasarkan Kejayaan Semasa' di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini Jumaat.

Seramai 5,000 belia menghadiri perhimpunan itu yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap golongan belia kepada pembangunan Sarawak.

Ketua Menteri berkata kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam membantu rakan-rakan supaya tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial.

Pada masa kini kadar peratusan penyertaan tenaga buruh menunjukkan bahawa 76.2 peratus belia adalah berumur 25-29 tahun, umur 35-39 tahun (76 peratus) dan berumur 30-43 tahun (74.8 peratus).

Pada majlis itu, Taib menyampaikan Anugerah Ikon Belia (antarabangsa) kepada Izyan Alirahman @ Zee Avi, 26, dan Anugerah Ikon Belia (tempatan) kepada Alia Geneid, 16.

Sementara itu jaguh renang negara Bryan Nickson Lomas, 21, menerima anugerah Ikon Belia (Sukan) penyanyi Mohd Hafiz Mohd Suip, 21, Ikon Belia (Kebudayaan/Kesenian) dan Jason Jonathan Lo, 36, Ikon Belia (Keusahawanan).

Ikon Belia (Orang Kurang Upaya) ialah Albert Wong Tuong Chui, 28, dan Ikon Belia (Kesukarelaan) Hamzah Saufi, 32. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan