Kazakhstan Kongsi Banyak Persamaan Dengan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kazakhstan kagum dengan kepantasan perubahan sosial dan ekonomi di Malaysia, hasil daripada visi dan pandangan jauh oleh pemimpin negara yang dahulu dan sekarang.

Dutanya ke Malaysia, Beibut B.Atamkulov berkata Malaysia bertuah kerana mempunyai kepimpinan berwawasan seperti mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin pentadbiran negara selama 22 tahun.

"Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang paling mantap di Asia dan terkenal di dunia. Ia juga mempunyai sistem pendidikan berkualiti tinggi dan kehidupan sosial yang lebih baik," katanya kepada pemberita menerusi jurubahasa di kedutaannya di sini Jumaat.

Atamkulov berkata negaranya sebenarnya berkongsi persamaan dengan Malaysia dari segi konsep wawasan dan pentadbiran yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Dr Mahathir.

"Malaysia mempunyai Wawasan 2020 dan kami mempunyai Wawasan 2030, anda mempunyai konsep 1Malaysia dan kami juga mempunyai konsep serupa di mana semua rakyat berbilang etnik hidup bersatu padu," katanya.

Katanya negaranya mempunyai lebih 40 jenis agama dan Islam merupakan agama paling luas tersebar di Kazakhstan diikuti agama Kristian dan Katolikisme.

"Daripada jumlah 16.5 juta penduduk, sebanyak 60 peratus adalah beragama Islam dan Kazakhstan merupakan sebuah negara paling bertoleransi dengan mempunyai lebih 100 kumpulan etnik," katanya.

Atamkulov berkata Malaysia juga menjadi negara pilihan untuk pelajarnya melanjutkan pengajian mereka dengan lebih 2,000 pelajar sedang mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan dan teknologi maklumat di sini.

Selain itu, jumlah pelancong Kazakhstan ke negara ini mencatatkan peningkatan 10 kali ganda setiap tahun.

Menurutnya, Najib dijangka melawat Kazakhstan pada Jun ini bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara dua negara itu serta menandatangani pelbagai memorandum termasuk dalam bidang pelancongan.

Atamkulov berkata pihak kedutaannya bercadang mengatur lawatan wartawan Malaysia ke negara itu pada Mei atau Jun ini bagi membolehkan mereka melihat sendiri keadaan sebenar di sana serta menceritakan tentang negara itu menerusi artikel masing-masing.

Mengenai isu kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi dan tsunami minggu lepas, Atamkulov berkata seperti negara lain, mereka juga bimbang dengan bencana tersebut.

Katanya beberapa tahun lepas, kira-kira 480 ujian nuklear dilakukan di wilayah Kazakhstan dan ujian tersebut adalah lebih kuat dari bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun, semasa Perang Dunia Kedua.

"Banyak kawasan tanah tidak dapat digunakan dan hampir satu juta penduduk menderita akibat radiasi," katanya.

"Sebab itu rakyat Kazakhstan memahami kuasa nulear dan menentang penggunaan senjata nuklear sama sekali," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan