Jegathesan Dilantik Pro Canselor USM Esok

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Dr M. Jegathesan dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menggantikan Tan Sri Dr Lin See Yan.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu akan disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, selaku Canselor USM, pada Konvokesyen ke-43 universiti berkenaan di Kampus Kejuruteraan Seri Ampangan, Nibong Tebal, dekat sini, pada Sabtu.

Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataan hari ini berkata Dr Jegathesan pernah memberi sumbangan dan jasa dalam pelbagai bidang antaranya olahraga, akademik dan penyelidikan.

Pada zaman kegemilanganya sebagai atlet pada tahun 1960-an, Dr Jegathesan, 67, merupakan pemegang rekod kebangsaan acara 200m sehingga kini dan mencatatkan kepantasan 20.93 saat dalam acara 200m pada Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Dikenali dengan jolokan 'Doktor Udara', beliau merupakan penerima anugerah pertama Olahragawan Negara pada 1966 selepas mengutip tiga pingat emas pada Sukan Asia di Bangkok, pada tahun yang sama.

Dr Jegathesan juga merupakan pengerusi Agensi Anti Dadah Malaysia Dalam Sukan (ADAMAS), penasihat Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), pengerusi Suruhanjaya Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan ahli Suruhanjaya Perubatan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

"Antara jawatan yang dipegang Dr Jegathesan sekarang ini ialah Prof Adjung Universiti Putra Malaysia (UPM), pakar perunding dalam bidang mikrobiologi kepada Hospital Sunway dan Gribles Pathology serta pakar perunding kepada MAHSA Universiti Kolej," kata Mohamad.

Katanya pada konvokesyen itu juga, Dr Lin akan menerima Ijazah Doktor Ekonomi kerana bertanggungjawab membawa ekonomi negara ke tahap yang membanggakan seperti yang dinikmati pada hari ini.

Sementara itu, pakar Sains Politik Prof Sohail Tahir Inayatullah yang banyak menghasilkan kajian kritis berhubung senario masa hadapan khususnya dalam arena pengajian tinggi akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah.

Mohamad berkata Prof Sohail kini berkhidmat sebagai pensyarah di Graduate Institute of Future Studies, Universiti Tamkang di Taiwan.

Katanya mantan Timbalan Naib Canselor USM, Prof Lim Koon Ong, pula akan menerima anugerah Profesor Emeritus atas sumbangannya dalam mengasaskan jalinan antara universiti dengan rakan industri dan masyarakat.

Seramai 832 graduan akan menerima Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda pada upacara konvokesyen itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan