Courts M'sia Buka Gedung Khas Produk Elektronik Di Jalan TAR

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Courts Malaysia, Chris Yong dan Terry O’ Connor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Courts Asia pada majlis pelancaran gedung baru Courts khusus untuk produk elektronik sahaja yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Pengarah Courts Malaysia, Chris Yong dan Terry O’ Connor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Courts Asia pada majlis pelancaran gedung baru Courts khusus untuk produk elektronik sahaja yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, pada Jumaat.

PETALING JAYA: Courts Malaysia pada Jumaat membuka gedung terbarunya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang hanya menawarkan barangan elektronik sahaja.

Gedung yang direka khas berformatkan bandar seluas 5,000 kaki persegi itu merupakan cawangan Courts yang ke 52.

Ia adalah syarikat peruncitan perabot dan elektronik terbesar Malaysia.

Cawangan terbaru di Jalan TAR itu juga unik dalam ertikata ia adalah satu-satunya gedung Courts yang hanya mengkhusus kepada penjualan peralatan elektronik – dari peralatan digital, elektronik kepadalah produk-produk IT yang lain.

Pengarah Courts Malaysia, Chris Yong berkata, gedung terbaru ini memperlihatkan ciri-ciri lain daripada outlet konvensional Courts kerana ia hanya menjual barangan elektronik serta digital dan para pengguna boleh mengharapkan gedung ini untuk menawarkan pelbagai produk digital terkini.

Set televisyen LED, komputer tablet terkini, komputer riba, kamera SLR dan digital, produk-produk Apple dan telefon pintar adalah di antara produk menarik yang boleh didapati di gedung terbaru courts ini.

Kata Yong, selain menawarkan produk digital terkini, gedung baru Courts ini juga turut menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada para pengguna.

“Produk digital and elektronik kini telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup bukan lagi barangan mewah sepertimana dahulu dan ini memberi peluang kepada Courts untuk menawarkan perkhidmatan yang komited kepada para pengguna pada harga yang berpatutan dan mampu milik,” kata Yong lagi.

Sebagai produk kelahiran Malaysia, Courts telah memberi perkhidmatan peruncitan kepada rakyat Malaysia sejak 24 tahun yang lalu. Ia kini memiliki lebih 1,000 kakitangan dan tenaga kerja di seluruh negara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan