Sistem NERS Pantau Warga Asing Akan Dilaksanakan 1 Jun

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) bagi memantau dan mengurus kemasukan warga asing ke negara ini akan dilaksanakan mulai 1 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia merupakan sebahagian inisiatif holistik kerajaan untuk memantau warga asing di negara ini yang terdiri daripada pekerja, pelancong, pedagang dan pelajar serta pendatang tanpa izin.

"Sistem ini antara lain akan berupaya untuk menangani isu pemalsuan dokumen, tinggal lebih masa dan salah guna visa, pas dan permit," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di Bangunan Parlimen di sini.

Katanya sistem itu akan digunakan di 96 pintu masuk negara dan ia hanya akan mengambil masa 20 saat untuk mendaftar dan merekodkan maklumat warga asing yang memasuki negara ini.

Katanya maklumat dan cap jari yang diambil dalam proses itu membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti dan mengesan warga asing sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.

Beliau berkata sistem sedemikian juga sudah diguna pakai di negara-negara seperti Singapura, Australia dan Hong Kong.

Katanya Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan NERS juga akan diperkukuh dengan pembangunan Sistem Advanced Passenger Screening (APSS) yang sedang dalam peringkat perincian spesifikasi.

"Kita jangka dengan cara ini, sistem kita lebih efisien, kita dapat merekodkan semua pelawat-pelawat ke negara kita ke dalam satu sistem yang kita percaya boleh membantu kita memperkemaskan urusan yang berkenaan dengan pekerja asing".

Muhyiddin berkata mesyuarat hari ini juga meneliti cadangan Mekanisme Levi baru yang dibentangkan Kementerian Sumber Manusia dan pada dasarnya jawatankuasa itu bersetuju cadangan penentuan kadar levi bergantung kepada jumlah pekerja yang diambil dan tempoh perkhidmatan mereka.

"Ini bermakna jika seorang majikan menggajikan jumlah pekerja asing lebih ramai dan untuk tempoh masa yang lebih lama, kadar levi yang perlu dibayar akan semakin meningkat," katanya.

Katanya perkara itu akan dibentangkan ke mesyuarat Kabinet pada Mei dan jika dipersetujui akan dilaksanakan mulai 1 Jun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan