Sheares Guru Saya, Tidak Mungkin Saya Lupa - Tun Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares telahpun meninggal dunia, dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair dalam satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.

Satu lagi kandungan dalam memoir itu yang menyatakan Dr Mahathir diberi sambutan dingin semasa melawat Singapura semasa baru menjaadi Perdana Menteri turut dipersoal oleh wartawan berkenaan yang berkata, rekod akhbarnya mencatatkan Lee sendiri menyambut Dr Mahathir di lapangan terbang bukan seperti catatan bukunya yang mengatakan beliau hanya disambut pegawai protokol dan Lee hanya muncul selepas 15 minit. "Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew, dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

"Yang pasti, saya bertemu Encik Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir.

Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata : "Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu.

"Manusia kadangkalanya terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?" Wartawan itu menjawab : "Saya belumpun dilahirkan."

"Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan," kata Dr Mahathir. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan