Impak Gempa Bumi Jepun Jejas Sektor Automotif, LNG Dan Gas

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor automotif, gas asli cecair (LNG)serta elektrik dan elektronik dijangka menerima impak bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun minggu lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata beberapa kilang komponen automotif Jepun terletak di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

Mukhriz menjangkakan syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia akan berhadapan kesukaran dalam memperoleh komponen elektrik dan elekronik dari Jepun.

"Jepun merupakan ekonomi yang besar, ekonomi ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat dan China, apa yang berlaku di Jepun akan memberi kesan terhadap dunia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar mengenai "Komuniti Ekonomi Asean dan Inisiatif FTA Malaysia," di sini, Khamis.

Mukhriz berkata sektor LNG dijangka terjejas akibat krisis tenaga nuklear Jepun yang boleh memaksa negara itu menggunakan rizabnya.

Kementerian itu kini mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" sebelum memutuskan untuk menyemak semula jumlah dagangan susulan kelembapan dagangan dalam jangka pendek dalam bulan-bulan akan datang, katanya.

"Masih terlalu awal, kami sedang meneliti implikasinya. Ia diluar kawalan sesiapapun dan ia juga dipacu industri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan