Sistem Pilihan Raya Malaysia Berwibawa - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan 12 pilihan raya umum sejak 1959, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah oleh semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.

"Bagaimanapun ini tidak bermakna tiada ruang untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam sistem sedia ada.

"Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya sekaligus demokrasi Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Kok bertanya sama ada kerajaan mempunyai rancangan reformasi atau transformasi di institusi Parlimen dan SPR, serta sebab kerajaan enggan mengadakan sistem jawatankuasa dalam Parlimen supaya Anggota Parlimen diberikan tugas untuk membuat keputusan dalam penggubalan dasar negara.

Mohamed Nazri berkata sebarang usaha tersebut perlu berpandukan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi negara.

Katanya SPR sentiasa memperkemaskan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang dapat mempertingkatkan lagi kewibawaan suruhanjaya itu iaitu secara berterusan mengkaji semula dan menambah baik undang-undang dan peraturan serta Dasar Pilihan Raya agar ia sejajar dengan kehendak demokrasi dan amalan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.

"SPR turut memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan Pengurusan Pilihan Raya dengan memberi lebih ruang, peluang dan kemudahan kepada semua lapisan masyarakat dengan mempelbagaikan saluran pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih dan juga memperkemas kini pengurusan pengendalian serta perjalanan pilihan raya," katanya.

Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak bercadang untuk membuat reformasi dan transformasi terhadap institusi Parlimen.

"Berhubung dengan penubuhan sistem jawatankuasa, kerajaan berpandangan bahawa sistem dan prosedur sedia ada adalah memadai bagi Anggota Parlimen mengemukakan sebarang cadangan dalam membuat keputusan dalam penggubalan dasar negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan