Rosmah Anjur Sambutan Maulidur Rasul Di Seri Perdana - Berita Semasa | mStar

Rosmah Anjur Sambutan Maulidur Rasul Di Seri Perdana

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Rabu menganjurkan majlis Maulidur Rasul bertemakan '1Malaysia 1Ummah' di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini.

Turut berangkat pada majlis itu Sultanah Pahang Sultanah Kalsom dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datin Seri Masnah Rais.

Selain acara berzanji dan berselawat, majlis diserikan dengan ceramah oleh pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah bertajuk 'Keluarga Bahagia Asas Gemilang Kerjaya'.

Seramai 300 tetamu menghadiri sambutan itu, antaranya anggota-anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri, persatuan ibu-ibu tunggal, Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan