Penjawat Awam, Pelajar Di Luar Negara Berhak Mengundi

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya warganegara Malaysia yang menjadi anggota Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dan pelajar yang menuntut sepenuh masa di luar negara serta pasangan masing-masing berhak mengundi pada pilihan raya sebagai pengundi tidak hadir, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata perkara itu termaktub dalam Perkara 119(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan, Peraturan 2(c), (d) dan (e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan 3(1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bahawa jika sudah mendaftar sebagai pemilih, mereka berhak mengundi mengikut kaedah pengundian sedia ada dan dibuat mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kita beri hak kepada setiap warganegara dengan syarat berumur 21 tahun ke atas dan penduduk di kawasan pengundian, maknanya keperluan semangat dalam Perlembagaan memerlukan mereka menggunakan hak ini dalam negara untuk mengundi secara fizikal (hadir).

"Cuma kita beri pengecualian kepada pengundi tidak hadir yang ditafsir Perlembagaan iaitu mereka yang berada di luar negara bukan kerana atas kerelaan, sebaliknya terpaksa bekerja dan hanya berada di sana sementara waktu," katanya ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai hak mengundi warga Malaysia di luar negara.

Menjawab soalan tambahan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Mohamed Nazri berkata sekiranya hak mengundi diberikan kepada mereka yang sedang bercuti semasa hari mengundi, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk masalah logistik.

"Kalau rakyat Malaysia yang duduk di luar negara itu sayangkan Malaysia... baliklah. Mereka duduk di sana atas kerelaan hati, bukan kerana pekerjaan atau terpaksa belajar," kata Mohamed Nazri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan