PAC Perak Terima Aduan Maklumat Tender Bocor

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Perak telah menerima aduan mengenai maklumat yang bocor berhubung tender di beberapa jabatan kerajaan negeri.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang menyifatkan perkara itu serius, berkata ia memberikan kesan kepada kerajaan negeri.

Beliau memberitahu Bernama bahawa aduan yang diterima juga melibatkan seorang individu yang memiliki beberapa syarikat dan memperoleh tender melalui satu daripada syarikat itu.

"Kebocoran maklumat tender tidak akan berlaku sekiranya tiada kerjasama antara kontraktor dan kakitangan jabatan terbabit," kata Raja Ahmad Zainuddin sambil menjelaskan bahawa PAC akan menyiasat perkara itu.

Beliau juga berkata hanya lima wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung projek terbengkalai dan projek 'gajah putih' bernilai RM39.5 juta seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

"Antara projek itu adalah sebuah rumah rehat yang sudah siap tetapi tidak digunakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan