Kementerian Pelajaran Lantik Jawatankuasa Nilai Kesalahan Cetak Buku Teks

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan melantik Jawatankuasa Penilaian/Kawalan Mutu dan Jawatankuasa Readers bagi menilai semula kesalahan ketara yang terdapat dalam penerbitan buku teks di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jawatankuasa itu terdiri daripada enam pakar termasuk pensyarah institut pengajian tinggi (IPT) dan guru cemerlang yang berpengalaman mengikut mata pelajaran.

"Prosedur ini juga akan diberikan penekanan kepada semua penerbit buku teks yang terlibat bagi memastikan setiap proses kerja penerbitan dipatuhi penerbit dalam usaha menjamin kualitinya," katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Noraini dalam soalannya ingin tahu langkah yang diambil kementerian untuk menjamin buku teks di sekolah tidak mengandungi kesalahan ketara seperti yang terdapat dalam buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Inggeris Tahun Satu.

Mohd Puad berkata kementerian juga akan membuat penambahbaikan dan mengetatkan proses kerja dalam penerbitan di samping memantapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama dalam penerbitan buku teks. Mohd Puad berkata buku yang diterbitkan itu adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn Bhd.

"Kalau mengikut prosedur yang ditetapkan, penerbit perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan dan penerbit akan dinilai berasaskan keupayaan kewangan, pemantauan premis dan bahan tulisan.

"Tetapi dari segi penyiaran bahan tulisan ini ialah DBP akan bekerjasama dengan jawatankuasa kawalan mutu untuk penilaian di peringkat itu," katanya menjawab soalan Noraini sama ada kementerian membuat penilaian akhir dan menetapkan kriteria untuk memastikan buku yang diterbitkan itu adalah asli dan berkelayakan.

Mohd Puad berkata penerbit bertanggungjawab untuk menganggung kos akibat kerugian yg berlaku dalam pencetakan buku berkenaan. "Seperti dalam kes ini ia melibatkan RM1.3 juta. Jadi ini akan ditanggung oleh penerbit," katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan