Jepun Belum Sedia Terima Banyak Bantuan Antarabangsa: Duta Besar

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun belum bersedia menerima bantuan dan misi sukarela yang terlalu banyak dari negara luar termasuk Malaysia memandangkan gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda negara pada Jumaat telah memusnahkan banyak bahagian negara itu dan menjejas sistem urus tadbirnya.

Duta Besar Jepun ke Malaysiak, Masahiko Horie berkata, situasi di negara itu masih teruk dan semua anggota kementerian dan agensi kerajaan telah diarah menyelaraskan usaha mencari dan menyelamat.

"Situasi begitu teruk, mereka yang bertugas dengan semua kementerian kini berdepan dengan pelbagai masalah selepas gempa.

"Buat masa ini, kami belum bersedia untuk menerima lebih banyak bantuan dan sukarelawan dari luar yang berhasrat membantu menyelesaikan masalah," kata beliau pada persidangan akhbar di kedutaannya di sini, Selasa.

Majlis Keselamatan Negara Malaysia masih menunggu kelulusan dari Kerajaan Jepun untuk pasukan negara ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat. Masahiko menjelaskan, Jepun adalah negara yang terdiri daripada banyak kampung-kampung kecil terutama di luar bandar dan ini menyulitkan usaha untuk mencatat jumlah orang yang hilang.

"Kami masih mencari dan ketika kami meneruskannya, kami menemui beratus-ratus mayat terperangkap di bawah runtuhan rumah...namun kami masih tidak dapat mengesan jumlah yang masih hilang," katanya.

Mengenai Loji Kuasa Nuklear, Masahiko berkata seluruh anggota Fukushima Daiichi menumpukan usaha untuk menghentikan kebocoran bahan radioaktif dan cuba untuk menstabilkannya.

"Perdana Menteri kami telah mengarahkan penduduk yang tinggal dalam radius 20km dari loji nuklear segera berpindah.

"Penduduk di luar radius 20-30km disarankan agar tidak keluar dari rumah mereka untuk mengelakkan kesan radiasi," katanya.

Reaktor Nuklear di Loji Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu menyebabkan kebocoran radioaktif.

Masahiko berkata kerajaan Jepun menghargai ucapan takziah dihantar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan