Pilihan Raya Negeri Sarawak: Pakatan Pembangkang Terpaksa Bincang Semula Agihan Kerusi

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) terpaksa mengadakan perbincangan semula pembahagian kerusi sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana berlaku pertindihan dalam pembahagian yang telah dibuat baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehubungan itu kata putus mengenainya hanya akan dibuat oleh Majlis Presiden yang akan bermesyuarat sebelum penghujung bulan ini.

“Kita sudah berbincang mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi cuma ada berlaku pertindihan antara kerusi PAS dengan PKR, kerusi PKR dan DAP.

“Kita juga sedang mengadakan perbincangan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang merupakan rakan sekutu kita dalam pilihan raya negeri kali ini,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau mengulas persediaan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya negeri itu yang dijangka diadakan bulan depan.

Sebelum ini, Presiden SNAP, Edwin Dundang, bertegas mahu bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak termasuk mengancam menamatkan kerjasama dengan parti pembangkang lain jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pada sidang media selepas Konvensyen PKR Sarawak baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon di 52 kawasan DUN dengan senarai mereka yang akan bertanding dalam proses pengesahan.

Baru mendakwa PKR telah mendapat persetujuan secara dasar dengan PAS dan DAP kerana mereka melihat PKR mempunyai potensi untuk menang lebih besar di kawasan luar bandar.

Saifuddin berkata, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai akan ke Sarawak untuk mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri, minggu ini.

“Sekiranya perkara ini dapat selesai minggu depan, saya jangka Majlis Presiden akan bermesyuarat pada minggu berikutnya untuk memutuskan bilangan kerusi yang akan ditandingi mengikut parti,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin yang Ahli Parlimen Machang berkata, isu-isu tempatan dan nasional akan menjadi modal kempen mereka sepangjang kempen pilihan raya negeri kali ini.

“Isu tempatan seperti isu tanah, masalah kepimpinan yang terlalu lama, kedaifan sekolah-sekolah di Sarawak dan masalah bekalan air serta elektrik yang masih belum mencukupi akan menjadi tumpuan kita.

“Untuk isu nasional kita akan bawa isu hubungan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terutamanya dalam soal pemberian insentif serta geran pembangunan yang dilihat sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan hasil yang disumbangkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan